T-Shirt Printing Ampang – Belajar SEO

Alhamdulillah baru-baru ni diizinkan Allah untuk ke taman-taman syurga iaitu salah satu majlis ilmu marketing SEO untuk bisnes t-shirt printing di ampang saya.

Terima kasih juga pada tuan guru Hasbul Aqil yang sudi menerima semula student untuk kelas SEO beliau selepas kali terakhir dia buat kelas pada tahun 2012.

Group coaching atau Google Elite Mastermind ini dianjurkan oleh team Majalah Niaga yang diketuai tuan Hasbul Aqil sebagai speaker.

GEM berlangsung selama 2 hari iaitu pada selasa dan rabu. Sebenarnya terdapat 2 lagi sesi pada sabtu dan ahad tapi memandangkan sesi kedua tu akan bermula dalam sebulan lepas sesi pertama ni so saya tak boleh tahan lagi terus join.

Walau GEM saya join ni pada hari bekerja tapi tak kisahlah demi ilmu yang sangat berharga ni saya sanggup tangguhkan semua kerja lain dulu.

 

t-shirt printing ampang

 

 

Bagi saya pelaburan untuk SEO ni sangat penting. Dengan master SEO kita boleh buat apa sahaja bisnes dan dalam soal trafik tu alahai .. Bisa diatur dong buat kata orang Indonesia hehe.

Sejujurnya ini merupakan pelaburan yang paling tinggi pernah saya buat dalam semua seminar atau bengkel yang pernah saya sertai sebelum ni.

Tapi memandangkan kredibiliti yang dimiliki team Malajah Niaga dan tuan Hasbul Aqil, saya percaya pelaburan setinggi 4 angka ni memang berbaloi.

 

Apa pentingnya SEO untuk bisnes printing t-shirt ?

Apa benda SEO ni ? SEO adalah singkatan untuk Search Engine Optimization.

SEO adalah cara atau teknik bagaimana untuk menempatkan website anda barada pada muka pertama dan di no 1  search engine Google.

Tak faham ?

Macam ni, katalah anda nak buat tshirt untuk family day. Jadi anda buka Google dan taip ‘baju family day’ so akan keluar beberapa website yang kena mengena dengan ‘keyword’ yang anda taip tadi.

Web-web ni ada menawarkan servis printing baju family day macam yang anda cari tadi. So anda pun klik website tu dan buat tempahan dengannya. Membantu anda kan?

Nampak tak? Anda dah beri job pada website tadi. Macam mana anda boleh jumpa web tadi? Sebab bila anda taip ‘keyword’ ‘baju family day’ web tu yang keluar di tempat atas sekali di laman web Google.

Senang kata orang mudah jumpa website kita bila mereka cari di Google.

Jadi itu adalah antara sebab utama saya join GEM kali ni. Walau saya dah tahu asas SEO ni sebelum join GEM lagi tapi saya nak refresh semula ilmu-ilmu baru dan cuba untuk buat marketing SEO secara serius bermula tahun 2015 ni.

Ternyata pelaburan saya berbaloi sebab sangat banyak benda baru saya dapat belajar masa GEM. Sekarang masa untuk saya bertindak selaju dan sekonsisten yang boleh. Doakan saya ok?

InsyAllah saya juga akan kongsikan ilmu yang saya belajar dalam GEM nanti kalau ada kesempatan. :)

 


Nak tempah baju ?

Call/whatsapp : 011 2557 0746

Email : tshirtchef@gmail.com

Facebook : www.facebook.com/tshirtchef

Instagram : tshirtchef_printing_murah

 

 

Leave a Reply

Or

Your email address will not be published. Required fields are marked *