Siap Printing Baju & Seluar Customade

Tshirt printing murah

Tshirt printing murah

 

Alhamdulillah on the way nak siapkan tshirt & seluar customade untuk salah sebuah sekolah di KL. Customer ni dah deal lama dengan kami dalam 2-3 minggu tak silap.

Alhaldulillah akhirnya jadi juga nak buat. Baju & seluar ni adalah untuk rumah sukan & unit beruniform KRS. Total tempahan adalah sebanyak 188 helai setiap set. 2 set baju, 1 set seluar. Total sales adalah dalam Rm10,000++. Alhamdulillah.

Biasanya pada awal tahun memang ramai pihak sekolah akan buat tempahan untuk baju rumah sukan, unit beruniform, program-program sukan dan bermacam lagi. Best kalau dapat pegang sekolah ni. Tiap tahun InsyAllah ada job dari sekolah akan masuk.

Yang bestnya job sekolah ni kuantiti dia bukan sikit, biasanya 100 helai keatas dan ada yang mencecah ribuan helai. bergantung pada jumlah murid dan guru pada sesebuah sekolah.

Oklah nak sambung balik printing tshirt ni. Lepas ni nak jahit pula baru jadi baju kalau tak dapat kain jela adik-adik kita ni hehe. Oh ya sebelum terlupa selain printing baju kami juga ada menyediakan servis customade baju. Kalau korang tak tahu customade tu apa, macam tukang jahit la.

Kami boleh jahit baju tu ikut design korang. Nak ada line kat tengah baju ke, nak ada piping kat lengan ke, nak buat baju sebelah warna lain, sebelah lain ke, terpulang pada design korang. Just whatsapp pada kami design dan kami akan bagi sebut harga. :)

tshirt-printing-murah

Leave a Reply

Or

Your email address will not be published. Required fields are marked *