Printing T-shirt Forex Bootcamp 120 Helai

Alhamdulillah siap job printing t-shirt untuk Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM). T-shirt untuk Forex Bootcamp 2015.

Tak silap saya ini kali ke-2 PUIM tempah t-shirt dengan kami Alhamdulillah dapat positif feedback dari mereka. Job kali ni agak urgent saya hanya ada masa dalam 4 hari je untuk siapkan 120 helai ni.

Sebenarnya untuk siapkan 120 helai dalam 4 hari boleh sempat tapi kebetulan saya sangat sibuk dengan job lain dan ditambah pula job dari PUIM ni ada 8 warna printing tugas kali ni agak mencabar.

Tapi Alhamdulillah semuanya dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan. Dalam masa saya ‘masak’ t-shirt ni saya sempat la snap beberapa keping gambar untuk saya kongsikan dalam post ni.

So here we go !

 

t-shirt printing ampangIni adalah sample layout dari dalam komputer. So t-shirt akan di’masak’ ikut design ni.

 

T-shirt printing ampang

 

Warna pertama adalah dark green. Warna ni adalah bayang bagi tulisan ‘Forex Trader Boothcamp’

 

T-shirt printing ampang

Warna kedua adalah kelly green untuk tulisan ‘Forex Trader’

 

T-shirt printing ampang

Warna ketiga adalah apple green untuk tulisan ‘Boothcamp’

 

T-shirt printing ampang

Warna keempat adalah yellow untuk logo simbol mata wang dan FTB

 

T-shirt printing ampang

warna ke lima adalah oren terang juga untuk logo mata wang tu. (maaf gambar agak blur dan terang so tak nampak sangat oren tu hehe)

 

T-shirt printing ampang

Seterusnya warna ke enam adalah hitam untuk outline tulisan ‘Forex Trader Boothcamp’ dan corak berbentuk sarang lebah dibelakang tulisan.

 

T-shirt printing ampang

Akhir sekali untuk bahagian depan adalah gambar tapak kaki yang berwarna light grey. So cukup 7 warna kesemuanya tinggal 1 lagi warna putih dibahagian belakang baju. Jom kita tengok.

 

T-shirt printing ampang

So ini adalah warna terakhir untuk baju ni iaitu warna putih. Lepas siap boleh keringkan, angkat dan lipat untuk packing satu-satu. hehee.

Begitulah serba sedikit proses T-shirtchef ‘masak’ t-shirt. Sebarang pertanyaan boleh terus call atau whatsapp ke no – 01125570746

 

 


Nak printing baju ?

Kami menawarkan servis printing baju berkualiti dengan harga yang berpatutan di sekitar Ampang. Pada yang berada di luar lembah klang jangan risau kami juga tawarkan FREE POS ke semenanjung Malaysia (TERHAD).

Sila hubungi no dibawah untuk sebarang pertanyaan :

Phone : 011-25570746 (whatsapp/ telegram untuk respon segera)

Email : tshirtchef@gmail.com (respon dalam 24jam)

 

 

Leave a Reply

Or

Your email address will not be published. Required fields are marked *