Printing T-shirt 50 Helai Siap

Alhamdulillah rezeki minggu ni. Siap printing t-shirt 50 helai design kering dari customer. Simple design 1 colour printing je.

Mula-mula dapat design ni agak risau juga kalau customer takde vector fomat masak gak nak trace semula design ni. Sebab design agak details dengan kerawang, lengkok-lengkok keris lagi kalau nak trace semula agak tinggi kos.

Tapi bila mintak customer email design t shirt, Alhamdulillah dia ada siap-siap dah dalam vector format. Fuh selamat! Hehe.

Sebelum proceed printing customer ni nak tengok sample dulu. Sebab asalnya dia nak buat glitter silver (guna powder) tapi bila saya quote harga untuk glitter silver dia tak jadi buat, maybe sebab bajet dia kot?

So dia nak proceed dengan silver biasa je tapi nak buat light grey supaya warna dia seakan-akan glitter silver. Jadi saya pun proceed dengan sample dulu untuk sehelai. Lepas siap saya whatsapp dia tunjuk sample dan dia setuju Alhamdulillah. :)

 

T-shirt printing

 

 

Inilah design yang saya maksudkan. T shirt ni dalam proses printing untuk 50 helai. Printing light grey di bahagian depan sahaja. Buat masa sekarang ni promosi untuk 1 colour printing 1 side hanya Rm10.00 sahaja sehelai untuk 50 helai tempahan.

Jika anda berminat boleh hubungi saya ok. :)

Leave a Reply

Or

Your email address will not be published. Required fields are marked *