Bagaimana Promosi Bisnes T-shirt Printing Malaysia di Facebook Profile

Assalamua’laikum

Zaman sekarang kalau kita sebut sahaja bisnes online pasti anda akan terfikir Facebook. Ini kerana Facabook amat mudah digunakan tak kira dari budak sekolah hingga ke dewasa. Tak terkecuali bisnes t-shirt printing. Dengan menggunakan Facebook anda boleh dapatkan ramai pelanggan tanpa mengeluarkan sebarang kos.

 

T-shirt printing malaysia

3 Langkah Untuk Mula Promosi Bisnes T-shirt Printing di Facebook Profile

Secara asasnya bisnes t-shirt printing ni agak subjektif. Anda tak boleh agak bakal pelanggan. Ini kerana semua orang berpotensi untuk buat tempahan t-shirt. Jadi tak mustahil rakan-rakan Facebook anda juga berminat untuk tempah t-shirt jika anda promosi di Facebook profile sendiri.

Jika anda ada rakan yang masih belum kahwin mereka berpotensi untuk buat tempahan t-shirt rewang sebagai contoh. Jika mereka dah berkeluarga ada kemungkinan mereka akan tempah tshirt family day dan sebagainya.

1. Tukar gambar timeline Facebook anda pada gambar yang bersesuaian.

Maksud gambar bersesuaian ialah, anda boleh letakkan gambar-gambar yang berkenaan dengan t-shirt printing, sebagai contoh :

  • Gambar contoh-contoh baju
  • Logo syarikat anda
  • Ayat-ayat promosi

Tujuannya untuk memberitahu pada rakan-rakan Facebook anda yang anda ada menyediakan servis t-shirt printing.

2. Buat promosi servis t-shirt printing secara soft selling di profile anda

Anda perlu tahu Facebook profile digunakan untuk bersosial, jadi anda tak boleh sesuka hati buat promosi secara terus. Sebabnya semua rakan-rakan anda di Facebook ingin berkawan dengan anda mereka tak suka baca ayat-ayat promosi  yang keterlaluan.

Jika anda terlampau kerap buat promosi secara terus dikhuatiri rakan-rakan Facebook akan menyampah baca status anda. Jadi jalan penyelesaiannya adalah hanya buat ayat promosi yang berbentuk soft selling atau dengan kata lain ayat promosi yang tak nampak anda promosi, Haa.. macam mana tu ?

Sebagai contoh anda nak promosi t-shirt printing rewang pada rakan anda. Antara ayat soft selling yang boleh anda tulis :

“Salam semua, minggu lepas baru hadir majlis kahwin salah seorang rakan, terbaik majlis dia 1 family pakai t-shirt sama sempat la ambil gambar ni (sambil anda post gambar 1 family) yang bestnya harga sehelai tak lah mahal sangat pun dan design semua cantik-cantik. Kalau 1 family pakai baju sama mesti cantik. Boleh post k di Facebook siap selfie lagi.

Jadi kalau sesiapa berminat boleh PM saya nanti saya PM semula koleksi design t-shirt rewang yang saya ada”

Dengan cara ini rakan anda lebih tertarik kerana anda bukan promosi secara terus tapi anda lebih kepada kongsi (bersosial) dengan rakan lain dan dalam pada itu anda cuba tanya jika ada sesiapa yang berminat.

Untuk teknik ini pastikan gambar yang anda post di Facebook dapat menarik perhatian mereka.

3. Update status secara konsisten

Update status anda berkenaan servis t-shirt printing secara konsisten. Antaranya anda boleh berkongsi tentang tips-tips pemilihan jenis baju. Sebagai contoh untuk aktiviti luar dewan lebih sesuai gunakan kain cotton kerana tak panas.

Bagi aktiviti lasak pula lebih sesuai gunakan kain microfiber atau ada yang menggelarkan kain jersey kerana kain jenis ini lebih tahan lasak berbanding cotton.

Sekali sekala anda boleh juga update promosi anda secara terus tapi ingat jangan buat promosi terlalu kerap kerana Facebook profile digunakan lebih kepada besosial.

Leave a Reply

Or

Your email address will not be published. Required fields are marked *