Fahaman salah tentang mulakan bisnes printing baju

Walaupun namanya bisnes printing baju tapi tak semestinya anda perlu ada kilang printing sendiri baru boleh mulakan bisnes. Ini adalah fahaman yang salah.

Kalau anda perhatikan pasaraya besar yang banyak ada di negara kita kebanyakannya tidak langsung mengeluarkan produk mereka sendiri. Tapi meraka tetap berjaya dan mempunyai banyak cawangan diseluruh negara. Logik kan ?

 

T-shirt printing malaysia

 

 

Mereka hanya mempunyai tempat untuk mereka jual barang-barang yang diperlukan. Mereka tak susah payah keluarkan produk. Konsep yang sama boleh digunakan untuk bisnes t-shirt printing.

Anda hanya perlu mencari pelanggan yang perlukan servis. Lepas tu untuk kerja-kerja printing anda boleh hantar ke kilang printing baju. Anda hanya perlu buat marketing sahaja.

 

Promosi servis printing baju dia Mudah & Facebook

Untuk buat maketing terdapat banyak website percuma yang boleh anda cuba, antara yang saya cadangkan adalah Mudah.my.

Sejujurnya saya sendiri bermula di Mudah.my. Selain memang betul mudah, website ini juga mempunyai jumlah pelawat antara yang tinggi di Malaysia. Apa yang lagi best, mereka yang lawat Mudah.my memang sedang membeli barang dan servis.

Selain itu Facebook antara medium yang berpotensi untuk dapat pelanggan. Sehingga kini saya masih menggunakan Facebook sebagai salah satu medium marketing online. Alhamdulillah berbaloi.

Antaranya anda boleh gunakan Facebok profile, Facebook group dan Facebook page. InsyAllah saya akan tulis lebih details tentang marketing di Facebook pada post akan datang.

 

Bekerjasama dengan kilang printing t-shirt

Macam mana nak cari kilang printing baju ni? Mudah je. Antaranya anda boleh gunakan Mudah.my dan Facebook sendiri untuk dapatkan contact mereka.

Ini kerana mereka juga ada beriklan di Mudah.my dan mereka juga mempunyai Facebook page sendiri. Jadi hanya hubungi mereka dan beritahu anda berminat untuk jadi agen mereka.

Gunakan bahasa yang baik dan tunjukkan anda bersemangat untuk mulakan bisnes printing baju sendiri.

Kebanyakkannya mereka akan mengalu-alukan kedatangan anda. Bagi kilang-kilang ni, agen adalah nadi untuk mereka. Sebenarnya sebagai agen anda juga dianggap JV partner yang tak rasmi untuk kilang.

 

Mula bisnes t-shirt printing malaysia tanpa modal sekarang – Agen diperlukan

Untuk maklumat lanjut

Whatsapp – 011-25570746

Email – tshirtchef@gmail.com

 

 

Leave a Reply

Or

Your email address will not be published. Required fields are marked *