Cara dapatkan harga t-shirt printing murah

Harga t-shirt printing

 

Macam mana nak tahu harga bila anda nak tempah t-shirt? Sebenarnya tiada istilah ‘standard price’ ‘anggaran harga’ atau sebagainya bila nak printing baju ni.

Harga t-shirt printing di Malaysia ni bergantung pada beberapa faktor utama. Agak sukar bila ada pelanggan yang call atau whatsapp tiba-tiba tanya berapa harga untuk tempah t-shirt? Bukan saya tak nak bagi harga tapi memang sukar nak bagi harga tanpa tahu details terlebih dahulu.

Silap haribulan tersilap bagi harga lagi naya. Jadi berikut saya terangkan secara ringkas antara faktor utama yang perlu ada sebelum sebut harga dikeluarkan. Antaranya adalah :

  1. Kuantiti
  2. Design
  3. Jenis baju

 

Kuantiti

Kebiasaannya anda akan dapat harga yang lebih murah kalau tempahan anda banyak. Ini adalah kerana proses printing baju menggunakan blok. Setiap blok printing ada kos dan ada minimum charge yang dikenakan untuk setiap blok.

Di bawah ni saya sediakan contoh :

  • 1 blok – RM100 (minimum)
  • Anda tempah 10 helai

Jadi jika Rm100 dibahagikan dengan 10 helai bersamaan dengan RM10. Ini kos untuk printing sahaja. Bila ditambah dengan baju katalah RM7.00, jadi total sehelai baju siap printing adalah RM17.00 sehelai.

Ini contoh simple untuk printing 1 warna dan 1 spot area. Spot area yang dimaksudkan disini adalah samada printing depan atau belakang atau di bahagian lengan.

Jom kita lihat pula jika kuantiti tempahan anda adalah 50 helai :

  • 1 blok – RM100
  • Anda tempah 50 helai
  • RM100/ 50 helai = RM2.00 (kos printing)
  • RM2.00 + RM7.00 (baju) = RM9.00 sehelai

Sekarang anda dah boleh nampak kenapa kuantiti mempengaruhi harga untuk t-shirt anda.

 

Design

Faktor kedua adalah design. Ianya pula terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :

  1. Jumlah warna yang terdapat pada design
  2. Spot area printing
  3. Size design

Seperti contoh diatas, 1 blok berharga RM100. Jadi jika design tersebut mempunyai 2 warna harganya adalah RM200 dan seterusnya.

Jika design yang sama dan warna yang sama (2 warna) nak print juga dibahagian lain, sebagai contoh di belakang. Harganya akan jadi RM400 (Rm200 x 2)

Selain itu size juga memainkan peranan kerana jika size design terlalu besar saya perlu menggunakan cat printing atau juga dikenali sebagai dye dengan lebih banyak.

 

Jenis baju

Akhir sekali adalah jenis baju. Ianya bergantung pada anda. Terdapat pelbagai jenis baju antaranya cotton, microfiber (jersey), lacoste (baju polo), viscoste (unifor F1). Ini antara jenis baju yang permintaannya tinggi. Cotton adalah baju yang paling murah di antara yang saya sebutkan diatas.

 

Kesimpulan

Untuk dapatkan harga t-shirt printing murah anda boleh tempah dalam kuantiti yang banyak. Dengan kurangkan warna printing juga boleh bantu anda dapatkan harga yang murah. Di T-shirt Chef, harga promosi t-shirt printing kami adalah serendah RM8.90 sahaja sehelai untuk 50 helai.

Kadang-kadang walau hanya gunakan 1 warna printing tapi jika design anda unik dan anda pandai olah, baju anda akan kelihatan menarik.

 

 


 

Mula bisnes t-shirt printing malaysia tanpa modal sekarang – Agen diperlukan

Untuk maklumat lanjut

Whatsapp – 011-25570746

Email – tshirtchef@gmail.com

 

Leave a Reply

Or

Your email address will not be published. Required fields are marked *