Bisnes T-shirt Printing Malaysia Tanpa Modal

Assalamua’laikum

Alhamdulillah ramai yang dah mula minat berniaga t-shirt printing. Bisnes t-shirt printing ini sebenarnya sangat mudah dan margin keuntungannya sangat besar jika kena caranya.

Permintaannya juga sangat tinggi saban tahun malah bermula tahun 2013, banyak betul brand-brand t-shirt indie keluar macam cendawan tumbuh selepas hujan.

Jadi ini adalah peluang bagi anda yang berminat untuk mulakan perniagaan t-shirt printing sendiri. Brand-brand indie ini pasti memerlukan supplier t-shirt printing murah untuk print design t-shirt mereka.

Kebanyakkan mereka ni terdiri dari anak mudah yang mana idea-idea design mereka memang tak dapat dipertikaikan hebat dan kreatif, cuma masalahnya mereka memerlukan tempat untuk printing t-shirt untuk brand mereka. Nah, disini anda boleh jadi problem solver pada mereka, demand dah ada!

Perniagaan t-shirt printing juga adalah satu niche yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Malah perniagaan ini semakin hari semakin berkembang… DENGAN PESAT! Sekolah, persatuan, universiti, kolej, orang kahwin, group-group persendirian dan yang sedang hot sekarang budak-budak sekolah pun selalu buat t-shirt untuk kelas atau pun aktiviti-aktiviti mereka.

Ini menunjukkan yang bisnes t-shirt printing sangt tinggi permintaannya. Soalan mudah saya pada anda semua orang pakai t-shirt kan?

 

T-shirt Printing Malaysia
T-shirt Printing Malaysia

 

 

 

Bisnes T-shirt Printing Malaysia Tanpa Modal

Seperti tajuk diatas, perniagaan t-shirt printing tak perlu anda mengeluarkan modal yang banyak malah ada cara anda tak perlu keluar modal pun.

Cara bisnes t-shirt printing tanpa modal :

1. Anda dapatkan pelanggan yang berminat nak printing t-shirt

2. Dapatkan details tempahan seperti design, size, deposit & tarikh akhir pelanggan anda nak guna t-shirt

3. Anda hantar details pada printing (kilang printing)

4. Akhir sekali bila t-shirt siap anda ambil di kilang dan serahkan pada pelanggan dan ambil baki wang dari pelanggan. Siap!

 

1. Anda dapatkan pelanggan yang berminat nak printing t-shirt

Terdapat pelbagai cara untuk anda dapatkan pelanggan. Cara paling mudah adalah dengan bertanya rakan atau saudara yang memerlukan servis anda. Contoh terdekat yang saya boleh beri selalunya rakan dan saudara akan maklumkan pada anda bila mereka melangsungkan perkahwinan.

Disini peluang anda. Cuba tanya samada mereka perlukan t-shirt untuk majlis kahwin itu nanti. Zaman sekarang t-shirt rewang dah jadi satu trend

 

2. Dapatkan details tempahan

Perkara ini sangat penting. Dapatkan saiz baju, design, deposit dan akhir sekali tarikh bila mereka nak gunakan t-shirt. Tiada salah satu details ini kerja t-shirt printing tak boleh dilakukan. Sangat penting untuk anda tahu tarikh akhir supaya t-shirt tersebut dapat disiapkan mengikut jadual.

Untuk deposit, seeloknya anda minta minimum 50% dari jumlah harga t-shirt yang telah anda tetapkan. Ini kerana anda boleh gunakan deposit ini untuk bayar pada kilang printing.

 

3. Anda hantar details pada kilang printing

Setelah itu anda emailkan semua details pada kilang printing. Beritahu kilang bila tarikh akhir untuk mereka siapkan t-shirt tersebut. Ini bagi mengelakkan kejadian t-shirt tak sempat siap.

 

4. Ambil t-shirt, serah & simpan keuntungan anda

Akhir sekali bila t-shirt siap ambil dari kilang dan serahkan pada pelanggan anda. Simpan keuntungan anda.

Leave a Reply

Or

Your email address will not be published. Required fields are marked *