#3 Niche Facebook Group Yang Beri Keuntungan Jangka Panjang Untuk Bisnes T-shirt Printing Anda

Salah satu lubuk yang tak patut diabaikan untuk promosi servis t-shirt printing anda adalah dalam Facebook group. T-shirt printing adalah niche yang general kerana semua orang berpotensi untuk buat tempahan t-shirt.

Jadi anda boleh sertai hampir semua niche group yang ada di Facebook dan boleh buat promosi (mengikut syarat sesebuah group) servis anda.

T-shirt printing malaysia 2

 

#1 Group peminat kereta

Group peminat kereta biasanya memang ramai. Group ini membincangkan tentang hobi dan barangan-barangan kereta. Yang menariknya group kereta selalu buat aktiviti luar seperti road tour, Gathering, auto show dan berbagai lagi.

Jadi disinilah peluang anda untuk dapatkan tempahan dari mereka. Kebiasaannya mereka perlukan t-shirt untuk diprint bagi menjayakan aktiviti mereka. Mereka juga perlukan dalam kuantiti yang banyak bergantung pada jumlah ahli group.

Triknya disini jika anda boleh berikan harga berpatutan ianya akan jadi satu bisnes jangka panjang Kebiasaannya akan ada seorang ‘kepala’ yang menguruskan urusan tempahan. Mereka ini akan buat pre order dulu dalam group.

Jadi jika anda boleh berikan t-shirt yang baik dengan harga berpatutan jumlah oder akan bertambah dan untuk aktiviti seterusnya mereka akan tempah dengan anda lagi.

 

#2 Group memancing

Group ini juga tak kurang hebat. Menariknya group memancing selalu menganjurkan pertandingan memancing. Kadang-kadang satu pertandingan boleh mencecah seramai 500 hingga 1000 penyertaan! Jika anda dapat close job macam ni InsyAllah keuntungan ribuan RM untuk 1 job dalam tangan.

 

#3 Group perkahwinan

Trend sekarang kebanyakkan majlis kenduri kahwin akan pakai t-shirt rewangAnda boleh search group-group perkahwinan di Facebook dan cuba tawarkan servis anda. Juga boleh join group yang berkaitan sebagai contoh group wedding photographer. Dalam group-group yang berkaitan ini juga terdapat target market anda. Contoh group berkaitan perkahwinan lain adalah :

  1. Mak andam
  2. Sewa khemah
  3. Katering

 

Mula bisnes t-shirt printing malaysia tanpa modal

Whatsapp – 011-25570746 untuk maklumat lanjut

 

 

Leave a Reply

Or

Your email address will not be published. Required fields are marked *