3 Faktor Berkesan Agen Tshirt Printing Newbie Dapatkan 5 Pelanggan Pertama di Mudah.my

tshirt printing murah

 

Untuk dapatkan 5 pelanggan pertama tidaklah sesukar mana. Saya sendiri berjaya dapatkan pelanggan untuk servis tshirt printing dengan menggunakan medium pengiklanan percuma sahaja.

Best kan dengar PERCUMA?

Tak semua benda percuma tu tak bagus. Dalam perkongsian kali ini saya akan kongsikan 3 kriteria berkesan anda boleh dapatkan pelanggan bisnes tshirt printing di Mudah.my :

 

Kenapa Mudah.my?

Mudah.my bagi saya adalah salah satu lubuk bagi agen yang baru nak mula (otai pun tak jadi masalah) Pelawat di Mudah sangat tinggi. Jadi ianya satu kerugian jika anda abaikan lubuk ini.

Tapi ramai yang kecundang di Mudah.my kenapa?

Base on pengalaman saya beriklan di Mudah, ada 3 kriteria penting yang wajib anda ambil tahu sebelum mulakan iklan :

 

1) Gambar

Di Mudah, pelanggan tak dapat pegang produk anda juga tak dapat berjumpa face to face dengan anda. Jadi gambar akan mewakili produk atau servis anda.

Gambar adalah satu elemen yang sangat penting bagi menarik perhatian pelanggan dan membezakan anda dengan peniaga lain.

Gunakan gambar jelas, yang menerangkan anda adalah individu atau syarikat yang menawarkan servis tshirt printing.

Contohnya letakkan gambar proses printing tshirt. Anda boleh deal dengan pihak kilang untuk dapatkan gambar-gambar tersebut.

Gambar macam ni penting untuk meyakinkan pelanggan yang servis anda benar-benar wujud. Ia adalah salah satu social proof yang penting.

 

2) Penerangan

Jangan malas untuk tulis penerangan. Selain gambar, pelanggan tiada pilihan lain untuk dapatkan info dari anda selain di bahagian penerangan.

Gunakan penerangan yang jelas dan lengkap tentang servis tshirt printing anda.

Cara terbaik adalah dengan menggunakan bullet point. Jangan banyak terangkan siapakah anda, latar belakang syarikat dan sebagainya.

Pelanggan tak pedulikan anda, apa yang mereka mahu adalah apa yang servis anda boleh bantu atau selesaikan masalah mereka.

Tulis apakah manfaat yang boleh anda berikan pada pelanggan.

Sebagai contoh anda tawarkan servis yang cepat siap, harga berpatutan, penghantaran percuma dan sebagainya.

 

3) Call To Action

‘Jangan tinggalkan duit atas meja rugi!’

Bila pelanggan dah berminat dengan servis printing anda, jangan tinggalkan mereka blur dan tak tahu nak buat apa.

Anda perlu guide mereka untuk buat tempahan dengan anda.

Maksudnya disini anda perlu letakkan arahan yang perlu dibuat jika mereka berminat untuk tempah tshirt dengan anda.

Contohnya boleh call, whatsapp atau email anda jika mereka berminat. Berikan beberapa pilihan kepada pelanggan untuk menghubungi anda.

Ramai yang abaikan CTA ni, saya sendiri bila nak dapatkan sesuatu di Mudah, tak tahu
macam mana nak hubungi seller. :(

Leave a Reply

Or

Your email address will not be published. Required fields are marked *